KELAS NGAJI UNTUK SEMUA

"Jom belajar mengaji dengan mudah, santai & seronok!!!"

ASAS | TAJWID | TALAQQI AM

TALAQQI KHAS | KELAS PERSONAL

Adakah anda….

  • Tidak boleh ngaji Al-Quran?
  • Tidak lancar seperti merangkak-rangkak atau perlahan ketika ngaji Al-Quran?
  • Tidak tahu hukum tajwid?
  • Susah nak sebut sebutan bunyi-bunyi Al-Quran?
  • Susah nak faham serta ingat hukum-hukum tajwid?
  • Merasakan kelas gaji Al-Quran adalah kelas yang bosan dan tidak seronok?
  • Malu belajar ngaji?
  • Segan belajar ngaji Al-Quran kerana faktor umur yang sudah banyak?
  • Susah berikan komitmen serta istoqomah mengikuti kelas ngaji Al-Quran?
  • Tidak minat belajar ngaji?
  • Tidak minat membaca Al-Quran?
  • Merasakan ngaji Al-Quran itu bukan keperluan?
  • Merasakan ngaji Al-Quran ini mengambil masa yang lama baru khatam?
  • Mencari guru ngaji Al-Quran yang sama jantina dengan anda?
  • Mencari guru ngaji Al-Quran yang tidak garang?
  • Mencari modul pembelajaran kelas ngaji Al-Quran yang bersilibus dan berstruktur?
  • Mencari teknik penyampaian pengajaran guru-guru yang selaras?
  • Mempunyai masalah pengangkutan ke kelas ngaji Al-Quran?
  • Mempunyai kekangan kewangan mengikuti kelas ngaji Al-Quran?

Sekiranya YA, anda di tempat yang betul. Teruskan bacaan anda…

Dipetikan daripada akbar tempatan, pada tahun 2019, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Islam (SPI), Jabatan Pendidikan Melaka, Ahmad Hamizi Abu Hassan berkata berdasarkan data Unit J-QAF (Jawi, al-Quran, Arab, Fardu Ain) SPI, lebih 700 murid atau hamper 10% daripada murid tahun enam di Melaka TIDAK BOLEH NGAJI AL-QURAN. Antaranya, ada juga murid yang tidak langsung mengenali huruf jawi. Justeru, mereka tidak mampu membaca al-Quran. Stastik ini menunjukkan bahawa ia adalah SESUATU YANG MENYEDIHKAN.

Kelebihan Membaca
Al-Quran

Tahukah anda?

Pembawa Syafaat

Membaca Al-Quran itu adalah satu IBADAH YANG SANGAT DITUNTUT. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Umamah Radhiallahu ‘anhu - maksudnya: Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bacalah oleh kamu Al-Quran, sesungguhnya (Al-Quran) itu datang pada hari Qiamat menjadi syafa’at kepada pembacanya.”
[Hadis riwayat Muslim]

Zikir, Doa & Pemohonan

Agar Allah SWT mengurniakan KEBAIKAN, RAHMAT dan KEAMPUNAN kepada orang-orang yang membacanya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, Tuhan ‘Azza wa Jalla berfirman - maksudnya: “Barangsiapa sibuk membaca Al-Quran untuk selalu mengingatiKu, maka Aku beri dia lebih utama daripada apa yang Aku berikan kepada orang-orang yang meminta-minta. Dan keutamaan kalam Allah dan kalam-kalam yang lainnya adalah seperti keutamaan Allah pada makhlukNya.”
[Hadis riwayat at-Tirmidzi]

Belajar & mengajarkannya

Seorang sahabat, Utsman bin ‘Affan radhiyallahu ‘anhu berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sebaik-baik orang di antara kalian adalah yang belajar Al-Qur’an dan mengajarkannya.”
[Hadis riwayat Bukhari)

Jom BELAJAR NGAJI dengan kami

Kelas Ngaji Al Baghdadi menggunakan Teknik Al Baghdadi sebagai salah satu kaedah pembelajaran membaca Al-Quran. Pendekatan teknik belajar ngaji ini  VIRAL dengan  teknik ketukan bersama silibus berperingkat dan bersistematik. .

Teknik ini telah diperkenalkan pada tahun 2011 oleh Al Baghdadi Group Sdn Bhd (AGSB). AGSB adalah sebuah institusi yang mengendalikan semua pusat-pusat pengajian Al Baghdadi yang dulu dikenali sebagai Al Baghdadi Learning Centre (ALC) di seluruh Malaysia serta luar negara seperti Brunei, Indonesia dan Singapura. Dalam lebih 10 tahun beroperasi, AGSB telah menerima pelbagai anugerah dan pencapaian. Kini di tahun 2023, AGSB telah menjalani transformasi dan semua Pusat Pengajian Al Baghdadi dikendalikan oleh Al Baghdadi EduQuran Sdn Bhd.

Teknik Al-Baghdadi juga telah menerima pencapaian, pengiktirafan dan anugerah dalam mendidik insan celik Al-Quran sepanjang hayat. Antara 10 pengiktirafan oleh Malaysia Book Of Records, pertama diterima adalah ‘The Largest Quranic Learning Centre’. Terkini di tahun 2021, teknik ini telah menerima Prestigious Achievement Awards in Education and Learning Industries.

KELAS yang ditawarkan

Kelas Bimbingan Asas Al Baghdadi (Tamhid)

  • Sesuai untuk kanak-kanak seawal 7 tahun sehingga dewasa.
  • Mengandungi 11 bab pelajaran yang tersususn.
  • Menekankan 6 prinsip asas yang boleh dikuasai dengan singkat.
  • Menggunakan format Struktur, Analisis, Sistesis (SAS).
  • Alat ketukan digunakan sebagai bahan belajar yang efektif dan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan.
kelas ngaji al baghdadi tajwid

Kelas Tajwid

  • Dijalankan kepada pelajar dewasa sahaja.
  • Mengandungi 10 bab pembelajaran yang tersusun.
  • Asas teori yang ringkas. mudah dan interakrif.
  • Pendekatan ‘explorerace’ sebagai amali latihan.

Kelas Talaqqi Am

Kelas dijalankan utk kanak-kanak seawal 7 tahun sehingga dewasa. Konsep pembelajaran ngaji Al-Quran dengan guru baca dan pelajar ikut secara berama-ramai sehingga khatam bagi melancarkan bacaan sambil mengulangkaji hukum-hukum tajwid.

Kelas Talaqqi Khas​

Konsep kelas ngaji ini juga dijalankan hampir serupa dengan Kelas Talaqqi Am. Berbeza sedikit di kelas ini, pelajar akan ngaji Al-Quran  secara individu manakala guru semak bacaan pelajar. 

kelas ngaji al baghdadi talaqqi
kelas ngaji al baghdadi personal

Kelas Ngaji Personal Khas

  • Dijalankan secara individu bersama guru.
  • Pembelajaran lebih fokus dan tertumpu.
  • Pembelajaran dari asas sehingga khatam Al-Quran.
  • Jadual kelas yang fleksibel.
  • Pembelajaran .dapat disesuaikan dengan keperluan pelajar.
  • Lebih selesa dan ‘privacy’.

Lain-lain program

Kelas Ngaji Al Baghdadi juga ada menawarkan lain-lain program dan kolobrasi bersama beberaoa agensi di sekitar centre. Antaranya:

428153923_812278404250221_282777119932266036_n

Kelas Hafazan

Kelas ini dijalankan dengan hafalan beberapa surah pilihan kepada pelajar-pelajar dari kanak-kanak sehingga dewasa. Antara surah-surah hafazan adalah seperti Al-Mulk, Al-Kahfi (10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir), As-Syams dan lain-lain.

414447760_837535308382268_998421631119928206_n

Program Cuti Sekolah

Pelbagai program kami tawarkan untuk pengisian cuti sekolah kepada anak-anak yang berumur 7 tahun sehingga 12 tahun. Antara program tersebut adalah Explorace Tajwid, Kem Kembara Surah-Surah Pilihan dan lain-lain.

67323814_1628324493966925_3928392374157312000_n

Bengkel Makhraj

Sekali sekala kami akan menjalankan Bengkel Makhraj iaitu bengkel membaiki sebutan huruf-huruf Al-Quran. Bengkel ini biasanya diadakan pada cuti-cuti umum terpilih.

419062882_849398317195967_2694879807154114904_n

Koloborasi

Kami juga ada menawarkan kelas-kelas belajar mengaji dengan berkoloberasi bersama kolej-kolej sekitar, persatuan-persatuan setempat seperti PAWE dan pejabat-pejabat koperate seperti Amcorpmall Sdn. Bhd, PERKESO PJ dan kastam Wilayah Persekutuan.

Testimonials

‘Saya kini sudah ada keberanian untuk mengikuti Tadarus di masjid. Walaupun pertama kali menyertainya, ada seorang sahabat tadarus mami telah tersalah menyebut sebutan ro..menjadi ra. Mami pun tegur dan dia berterima kasih. Alhamdulillah walaupun baru belajar, terus dapat parktikkan. Sebabnya ketika dalam kelas, jika mami salah sebut, ustazah akan betulkan!’
Puan Aminah
"Alhamdulillah..bau hari pertama..anak saya, Sumayyah betul-betul berasa excited. Berkali-kali cakap esok malam nak ngaji lagi"
Puan Aminah
Lepas maghrib terus semangat bersiap ke kelas. Rugi rasanya kalau tak dapat hadir ke kelas. Rasa seronok je bila belajar mengaji ni.Tak sabar nak join kelas minggu depan.
Puan Adlaine
Saya ingin belajar mengaji dan ketika mencari kelas belajar mengaji di instagram, saya terjumpa nombor yang boleh dihubungi. Saya pun menghantar pesanan dan mendapat makluman. Alhamdulillah diterangkan dengan jelas. Walaupun kelas secara 'online 'tapimudah faham.
Puan Noraini
Saya seorang mualaf. Hari ini hari pertama ikut kelas. Seronok rasanya!!! Ustazah terangkan satu persatu dan mudah faham. Alhamdulillah... InsyaaAllah saya akan belajar lagi pada kelas akan datang.
Puan Rosina
"Mula-mula masuk kelas dulu memang boleh baca tap sebutan huruf al maklumlah..lidah jawa. Anak pun ketawa Alhamdulillah dengan berusaha, kekadang saya merakam suara guru dan dengan bimbingan guru. walaupun cabaran belajar secara online akibat Covid. Alhamdulillah kini lancar dan bagus!! "
Encik Najib

Saya berminat

Untuk mendaftar atau maklumat lanjut, anda boleh hubungi kami di:

© All Rights Reserved.