ASAS | TAJWID | TALAQQI AM
TALAQQI KHAS | KELAS PERSONAL
Sekiranya YA, anda di tempat yang betul. Teruskan bacaan anda…
Dipetikan daripada akbar tempatan, pada tahun 2019, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Islam (SPI), Jabatan Pendidikan Melaka, Ahmad Hamizi Abu Hassan berkata berdasarkan data Unit J-QAF (Jawi, al-Quran, Arab, Fardu Ain) SPI, lebih 700 murid atau hamper 10% daripada murid tahun enam di Melaka TIDAK BOLEH NGAJI AL-QURAN. Antaranya, ada juga murid yang tidak langsung mengenali huruf jawi. Justeru, mereka tidak mampu membaca al-Quran. Stastik ini menunjukkan bahawa ia adalah SESUATU YANG MENYEDIHKAN.
Membaca Al-Quran itu adalah satu IBADAH YANG SANGAT DITUNTUT.
Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Umamah Radhiallahu ‘anhu - maksudnya: Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bacalah oleh kamu Al-Quran, sesungguhnya (Al-Quran) itu datang pada hari Qiamat menjadi syafa’at kepada pembacanya.”
[Hadis riwayat Muslim]
Agar Allah SWT mengurniakan KEBAIKAN, RAHMAT dan KEAMPUNAN kepada orang-orang yang membacanya.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, Tuhan ‘Azza wa Jalla berfirman - maksudnya: “Barangsiapa sibuk membaca Al-Quran untuk selalu mengingatiKu, maka Aku beri dia lebih utama daripada apa yang Aku berikan kepada orang-orang yang meminta-minta. Dan keutamaan kalam Allah dan kalam-kalam yang lainnya adalah seperti keutamaan Allah pada makhlukNya.”
[Hadis riwayat at-Tirmidzi]
Seorang sahabat, Utsman bin ‘Affan radhiyallahu ‘anhu berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sebaik-baik orang di antara kalian adalah yang belajar Al-Qur’an dan mengajarkannya.”
[Hadis riwayat Bukhari)
Kelas Ngaji Al Baghdadi menggunakan Teknik Al Baghdadi sebagai salah satu kaedah pembelajaran membaca Al-Quran. Pendekatan teknik belajar ngaji ini VIRAL dengan teknik ketukan bersama silibus berperingkat dan bersistematik. .
Teknik ini telah diperkenalkan pada tahun 2011 oleh Al Baghdadi Group Sdn Bhd (AGSB). AGSB adalah sebuah institusi yang mengendalikan semua pusat-pusat pengajian Al Baghdadi yang dulu dikenali sebagai Al Baghdadi Learning Centre (ALC) di seluruh Malaysia serta luar negara seperti Brunei, Indonesia dan Singapura. Dalam lebih 10 tahun beroperasi, AGSB telah menerima pelbagai anugerah dan pencapaian. Kini di tahun 2023, AGSB telah menjalani transformasi dan semua Pusat Pengajian Al Baghdadi dikendalikan oleh Al Baghdadi EduQuran Sdn Bhd.
Teknik Al-Baghdadi juga telah menerima pencapaian, pengiktirafan dan anugerah dalam mendidik insan celik Al-Quran sepanjang hayat. Antara 10 pengiktirafan oleh Malaysia Book Of Records, pertama diterima adalah ‘The Largest Quranic Learning Centre’. Terkini di tahun 2021, teknik ini telah menerima Prestigious Achievement Awards in Education and Learning Industries.
Kelas Ngaji Al Baghdadi dengan pengalaman dan kepakaran kami berjaya beroperasi di
Kelas pertama dijalankan pada tahun 2013. Terkini beroperasi dengan hampir 200 orang pelajar dan 9 orang tenaga pengajar.
Mula beroperasi pada tahun 2014. Kini mempunyai 8 orang tenaga pengajar dan bilangan pelajar adalah lebih 200 orang.
Ambilan pertama adalah pada tahun 2018. Pembelajaran kelas ngaji untuk lebih 150 orang pelajar kini dijalankan dengan 5 orang tenaga pengajar.
Cawangan yang paling kini dibuka pada Oktober 2023. Jumlah terkini pelajar seramai 30 orang dan seorang tenaga pengajar.
Kelas dijalankan utk kanak-kanak seawal 7 tahun sehingga dewasa. Konsep pembelajaran ngaji Al-Quran dengan guru baca dan pelajar ikut secara berama-ramai sehingga khatam bagi melancarkan bacaan sambil mengulangkaji hukum-hukum tajwid.
Konsep kelas ngaji ini juga dijalankan hampir serupa dengan Kelas Talaqqi Am. Berbeza sedikit di kelas ini, pelajar akan ngaji Al-Quran secara individu manakala guru semak bacaan pelajar.
Kelas Ngaji Al Baghdadi juga ada menawarkan lain-lain program dan kolobrasi bersama beberaoa agensi di sekitar centre. Antaranya:
Kelas ini dijlankan dengan hafalan beberapa surah pilihan kepada pelajar-pelajar dari kanak-kanak sehingga dewasa. Antara surah-surah hafazan adalah seperti Al-Mulk, Al-Kahfi (10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir), As-Syams dan lain-lain.
Pelbagai program kami tawarkan untuk pengisian cuti sekolah kepada anak-anak yang berumur 7 tahun sehingga 12 tahun. Antara program tersebut adalah Explorace Tajwid, Kem Kembara Surah-Surah Pilihan dan lain-lain.
Ambilan pertama adalah pada tahun 2018. Pembelajaran kelas ngaji untuk lebih 150 orang pelajar kini dijalankan dengan 5 orang tenaga pengajar.
Cawangan yang paling kini dibuka pada Oktober 2023. Jumlah terkini pelajar seramai 30 orang dan seorang tenaga pengajar.
© All Rights Reserved.